Mesyuarat dan Bengkel FMSP akhir 2012

Mesyuarat dan Bengkel Pembinaan Program Baru & Pembinaan Semula Struktur Program Sarjana Muzik ~ Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (13 - 16 Disember 2012 at Tower Regency Hotel, Ipoh)


IPOH MALI TARAK SOMBONG MAAA......


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....
Mesti semua dah familiar sangat dengan trademark yang dibagi pada amoi yang datang dari Ipoh. Ipoh merupakan pusat bandar utama dan tertua dalam negeri Perak. Pembangunannya cukup padat dan kalau tak biasa jalan-jalan kat area sini for sure korang berpusing-pusing tempat yang samalah jugak (dah macam kene black magic ek....heheheh). Kebanyakan lokasi sesuatu tempat yang kita nak pegi berpandukan nama jalan. Kadang-kadang jalan antara satu sama lain sebelah-sebelah jer tapi bila jalan dah jadi sehala maka tawaf la yer....heheheheh. Tapi okay pe....jauh berjalan, luas pemandangan, tinggi pengetahuan..... Tak rugi maaaaa.... Sape untung lain kali..... Kita olang juga maa......
Bersiaran semula kita lagi yer selepas story pasal majlis pertunangan adik sepupu minggu lepas 9.12.2012. Hujung-hujung tahun ni banyak plak masa nak bersiaran. Al-maklum la semua keje hakiki sudah berjaya disetelkan. Dah takder makna kelam kelibut dalam ini hidup.....huhuhuhu (Tunggulah ko 2013 nanti). Biasa yang sibuk ujung-ujung tahun ni tentulah orang kewangan. Ye tak? Ye la tu...ngaku je la kan... Tapi meme salute la same orang-orang akaun ni...cabaran berhadapan dengan kira-kira dan nombor ni for sure aku surrender.
Okayla.....sekarang kita berbalik pada citer yang aku nak kongsi kali ni. Minggu ni adalah outstation untuk staf-staf fakulti hehehehe......Orang ujung tahun, cuti sekolah plan holiday ngan family tapi kami plan wat koje. Kira holiday la gak kan tapi ngan ahli kuarga fakulti...kat hotel lagiiiii tu...makan tanggung....tido free.... just kene korbankan kepala otak je la memikirkan content untuk bengkel tu. Hehehe...tu kami bagi semua atas batu jemala pensyarah-pensyarah kami yang penuh dengan kebijaksanaan.
Tugas kami mudah jer...cam mandur (urus setia la bahasa lembut) pun ader...kene pastikan diorang sume attends all session and helping them dari prospek kebajikan. Rasa kesian gak bila tengok ada staf yang sampai terlupa pakai suar untuk attend bengkel...eceh..eceh... lakonan semata-mata tu. Sebenarnya dia obses ngan kain pelekat yang nyaman dan sejukkkkk tu.....heheheh
                  So... sweet kan cara dia melutut.. terserlah ayunyer
Ni lah antara-antara aktiviti kami dari 13.12.2012 sampai la ke hari terakhir kami di Tower Regency Hotel pada 16.12.2012
                                      First day mood!!!!
  
                   Ni la urus setia yang meme setia giler ler!!!!

Kira okay la. Macam-macam gelagat bila otak dah stuck. Ada yang pakai kain pelekat...ada yang bergambar ngan aksi pelik-pelik dan yang mensumbangkan suara pun ada. Terpancar la sifat sebenar diorang bila diserang stress....hahahahaha.....Anyway bengkel ni suasana suam-suam kuku la sebab masing-masing kene fokus untuk dapatkan input yang diperlukan untuk tambah baik program Sarjana Muzik fakulti.


Thanks a lot to Ms. Rostina, Sales Marketing Officer of Tower Regency Hotel yang menguruskan semua keperluan kami sepanjang berbengkel kat sini. Everything was perfect at here. Ader rezeki bagilah pakej promosi yang best-best lagi kat kami. Leh la jalan-jalan kat IPOH MALI TARAK SOMBONG...heheheh 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

JEMPUT JEMPUT @ CEKODOK PISANG GEBU

DONUT GEBU

Muka Baru & Lama Bergabung.... Meletop!!!!!