Posts

AHLAN WASAHLAN 2019

Image
💓 AHLAN WASAHLAN 2019💓 ALHAMDULILLAH... Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas kurniaNYA Leeya dapat menikmati kehidupan di Tahun 2019. Leeya harap tahun ini terus diberi kelancaran pada perancangan kerana sebaik-baik perancangan adalah perancanganNYA. 2018 Leeya tinggalkan dengan memori yang sangat indah. Tak sempat nak rangkumkan semua menjadi satu atas kekangan masa. In sha Allah permulaan 2019 akan sentiasa disemat dalam diari blog ini untuk dikenang selalu. 2019 permulaan yang sangat indah dengan Ulangtahun Mahligai yang ke-20 (1999-2019). kejap tak kejap...pejam celik... Allah memelihara kasih sayang antara Leeya dan suami hingga sekarang. Allah kurniakan buat Leeya anugerah yang sangat berharga...dialah SUAMI, dialah KEKASIH, dialah KAWAN, dialah GURU KEHIDUPAN dan dialah AYAH kepada kedua-dua puteri kami. TERIMA KASIH ALLAH...terima kasih Azhar Saat. Semoga Allah terus meRAHMATI kita berdua hingga menjadi pasangan seterusnya di JANNAH bersama seluruh ahli

JEMPUT JEMPUT @ CEKODOK PISANG GEBU

Image
Jemput Jemput @ Cekodok Pisang Semalam punya cerita...kami sekeluarga plan untuk membuat pencucui mulut bagi Majlis Tahlil malam ketiga keluarga besan. Menu pertama pencuci mulut kami buatkan Jemput-Jemput Pisang atau lebih dikenali dengan panggilan cekodok. Jom kita tengok resepi simple ni... Bahan-bahan: 4 Biji pisang berangan 1/2 cawan gula 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Biasa guna jenama Blue Key) - ikut kelikatan adunan secubit garam Minyak secukupnya untuk mengoreng Cara-cara membuatnya: Masukkan pisang, garam dan gula ke dalam mangkuk dan lenyek sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung dan kaup sehingga adunan tidak mudah jatuh dari senduk. Kemudian perap adunan lebih kurang dalam 15 minit. Panaskan minyak dan apabila adunan sudah kembang bolehlah goreng. SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA...

DONUT GEBU

Image
DONUT GEBU   Assalamualaikum semua.... Agak lama tidak memerap di dapur mengeluarkan skill-skill yang diadaptasi dari resepi terbaeekkk dari blogger. Terpesona dengan post rakan-rakan yang menunjukkan macam-macam hasil di dapur...akhirnya terjebak juga. Terima kasih la pada Nolie, Nur dan Iqa di atas dorongan kalian. Hehehehe.... So hasrat nak mendonut ni memang dah pendam lama. Dah berapa kali beli buang mauripan sebab dah expired. Hahaha... Masa berhujung minggu kali ni memang nekad...mesti mendonut. Bahan semua dah ada...sambil tengok-tengok resepi blogger yang lain. Cumanya ade tambah bahan sendiri ikut sukatan sendiri.... Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum 1 cawan tepung naik sendiri 3 sudu besar susu pekat 2 sudu besar shortening Sepeket mauripan 11g 1 cawan air sejuk (dari peti ais ye) ~ tengok pada adunan ya secubit garam Cara membuatnya: Nota: Kalau ada Bread Maker (BM) masukkan jer semua bahan dan biar dia uli sendiri. Ni cara handmaker hehehe....  

We're Come Back.... Cameron Highlands

Image
Assalamualaikum.... Tempoh 7 tahun (2008-2015) agak lama bagi aku tidak menjejak kami ke Cameron Highlands. Kali terakhir aku dan keluarga bercuti ke sana masa umur anak bongsu berusia 9 bulan. Turun jer dari tanah tinggi, seminggu aku dan anak duduk di Hospital Slim River. Demam panas yang tak kebah-kebah. Berairmata aku sepanjang masa tu... yelah tengok tubuh anak yang lemah longlai sebab dah tak lalu makan dan minum. Alhamdulillah... lepas seminggu tu kami dibenarkan balik dan aku terus beri rawatan intensif sendiri di rumah. Itulah dia Nur Aisyah Aliya Azhar. Ragam anak-anak sehingga nak cecahkan umur 2 tahun memang ujian Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Rahmat. Yang sulung Nur Salsabila Azhar pun ader ragam yang tersendiri. Berpeluh dingin jugalah Leeya dan suami...tapi itulah kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. pada setiap hambanya. Heheheh.... berbalik pada sesi riadah kami ke Cameron Highland pada tanggal 26 September 2015 memang sangat menyeronokkan. Peranca

HARI...HARI...HARI RAYA 2015

Image
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2015..... Alhamdulillah..... Tanggal 17 Julai 2015 merupakan tarikh bagi semua umat Islam di Malaysia menyambut kemenangan selepas menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan A-Mubarak. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana leeya dan seluruh ahli keluarga masih diberi kesempatan untuk melakukan ibadah puasa dalam yang penuh bulan barakah diperuntukkan kepada umat manusia sejagat. Semoga Allah menemukan lagi pada tahun-tahun yang mendatang. In Sha Allah. Okey... Berbalik kepada cerita hari raya pada tahun ini, leeya rasa sangat meriah. Dari 1st raya di kampung halaman sampailah di taman perumahan hampir setiap hari leeya dan keluarga dijemput ke  "open house". Tahun ni giliran leeya beraya di rumah mak abah di Kampung Sungai Jurong, Slim Village. Amacam... unik tak nama kampung tu. Ala-ala cam Jurong Street gituuu...So leeya dengan 2 orang adik iaitu andak dan acu berkampung tolong masak lemang, rendang dan lontong untuk menjamu tetamu yan

Muka Baru & Lama Bergabung.... Meletop!!!!!

Image
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.....  Begitu lama tidak bersiaran dalam blog ni. Tahun 2013 & 2014 merupakan tahun mencabar dan penanda aras KPI bagi aku sebab takde masa langsung untuk benda-benda santai. Rutin keje yang sangat ketat sampai bilik tido pun jadi opis. Aku suka cara tu cuma kadang-kadang kesian dekat family.... nak ke mana-mana terpaksa tengok jadual aku dulu...hehehehe. Ngalahkan pegawai besau plak kan..kan..kan..  Alhamdulillah dengan izin Allah dan RahmatNya kepada ku kenangan manis mula melakar untuk tahun 2015. Antara kenangan manis tu aku dapat penghargaan kali kedua bagi prestasi keje dan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, gabungan keje yang meletop kawan-kawan baharu dan lama di opis dan Majlis Perkahwinan adik bongsu. Moh layan gambar-gambar hari yang aku rasa istimewa bagi awal kehadiran 2015.... Tu la wajah-wajah peneraju Admin Fakulti Muzik dan Seni Persembahan yang tampak lebih bertenaga dan ceria..... Penyeri

Mesyuarat dan Bengkel FMSP akhir 2012

Image
Mesyuarat dan Bengkel Pembinaan Program Baru & Pembinaan Semula Struktur Program Sarjana Muzik ~ Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (13 - 16 Disember 2012 at Tower Regency Hotel, Ipoh) IPOH MALI TARAK SOMBONG MAAA...... Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..... Mesti semua dah familiar sangat dengan trademark yang dibagi pada amoi yang datang dari Ipoh. Ipoh merupakan pusat bandar utama dan tertua dalam negeri Perak. Pembangunannya cukup padat dan kalau tak biasa jalan-jalan kat area sini for sure korang berpusing-pusing tempat yang samalah jugak (dah macam kene black magic ek....heheheh). Kebanyakan lokasi sesuatu tempat yang kita nak pegi berpandukan nama jalan. Kadang-kadang jalan antara satu sama lain sebelah-sebelah jer tapi bila jalan dah jadi sehala maka tawaf la yer....heheheheh. Tapi okay pe....jauh berjalan, luas pemandangan, tinggi pengetahuan..... Tak rugi maaaaa.... Sape untung lain kali..... Kita olang juga maa...... Bersiaran semula kita la