Posts

Showing posts from 2015

We're Come Back.... Cameron Highlands

Image
Assalamualaikum.... Tempoh 7 tahun (2008-2015) agak lama bagi aku tidak menjejak kami ke Cameron Highlands. Kali terakhir aku dan keluarga bercuti ke sana masa umur anak bongsu berusia 9 bulan. Turun jer dari tanah tinggi, seminggu aku dan anak duduk di Hospital Slim River. Demam panas yang tak kebah-kebah. Berairmata aku sepanjang masa tu... yelah tengok tubuh anak yang lemah longlai sebab dah tak lalu makan dan minum. Alhamdulillah... lepas seminggu tu kami dibenarkan balik dan aku terus beri rawatan intensif sendiri di rumah. Itulah dia Nur Aisyah Aliya Azhar. Ragam anak-anak sehingga nak cecahkan umur 2 tahun memang ujian Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Rahmat. Yang sulung Nur Salsabila Azhar pun ader ragam yang tersendiri. Berpeluh dingin jugalah Leeya dan suami...tapi itulah kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. pada setiap hambanya. Heheheh.... berbalik pada sesi riadah kami ke Cameron Highland pada tanggal 26 September 2015 memang sangat menyeronokkan. Peranca

HARI...HARI...HARI RAYA 2015

Image
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2015..... Alhamdulillah..... Tanggal 17 Julai 2015 merupakan tarikh bagi semua umat Islam di Malaysia menyambut kemenangan selepas menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan A-Mubarak. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana leeya dan seluruh ahli keluarga masih diberi kesempatan untuk melakukan ibadah puasa dalam yang penuh bulan barakah diperuntukkan kepada umat manusia sejagat. Semoga Allah menemukan lagi pada tahun-tahun yang mendatang. In Sha Allah. Okey... Berbalik kepada cerita hari raya pada tahun ini, leeya rasa sangat meriah. Dari 1st raya di kampung halaman sampailah di taman perumahan hampir setiap hari leeya dan keluarga dijemput ke  "open house". Tahun ni giliran leeya beraya di rumah mak abah di Kampung Sungai Jurong, Slim Village. Amacam... unik tak nama kampung tu. Ala-ala cam Jurong Street gituuu...So leeya dengan 2 orang adik iaitu andak dan acu berkampung tolong masak lemang, rendang dan lontong untuk menjamu tetamu yan

Muka Baru & Lama Bergabung.... Meletop!!!!!

Image
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.....  Begitu lama tidak bersiaran dalam blog ni. Tahun 2013 & 2014 merupakan tahun mencabar dan penanda aras KPI bagi aku sebab takde masa langsung untuk benda-benda santai. Rutin keje yang sangat ketat sampai bilik tido pun jadi opis. Aku suka cara tu cuma kadang-kadang kesian dekat family.... nak ke mana-mana terpaksa tengok jadual aku dulu...hehehehe. Ngalahkan pegawai besau plak kan..kan..kan..  Alhamdulillah dengan izin Allah dan RahmatNya kepada ku kenangan manis mula melakar untuk tahun 2015. Antara kenangan manis tu aku dapat penghargaan kali kedua bagi prestasi keje dan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, gabungan keje yang meletop kawan-kawan baharu dan lama di opis dan Majlis Perkahwinan adik bongsu. Moh layan gambar-gambar hari yang aku rasa istimewa bagi awal kehadiran 2015.... Tu la wajah-wajah peneraju Admin Fakulti Muzik dan Seni Persembahan yang tampak lebih bertenaga dan ceria..... Penyeri