Posts

Showing posts from January, 2019

AHLAN WASAHLAN 2019

Image
💓 AHLAN WASAHLAN 2019💓 ALHAMDULILLAH... Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas kurniaNYA Leeya dapat menikmati kehidupan di Tahun 2019. Leeya harap tahun ini terus diberi kelancaran pada perancangan kerana sebaik-baik perancangan adalah perancanganNYA. 2018 Leeya tinggalkan dengan memori yang sangat indah. Tak sempat nak rangkumkan semua menjadi satu atas kekangan masa. In sha Allah permulaan 2019 akan sentiasa disemat dalam diari blog ini untuk dikenang selalu. 2019 permulaan yang sangat indah dengan Ulangtahun Mahligai yang ke-20 (1999-2019). kejap tak kejap...pejam celik... Allah memelihara kasih sayang antara Leeya dan suami hingga sekarang. Allah kurniakan buat Leeya anugerah yang sangat berharga...dialah SUAMI, dialah KEKASIH, dialah KAWAN, dialah GURU KEHIDUPAN dan dialah AYAH kepada kedua-dua puteri kami. TERIMA KASIH ALLAH...terima kasih Azhar Saat. Semoga Allah terus meRAHMATI kita berdua hingga menjadi pasangan seterusnya di JANNAH bersama seluruh ahli