Monday, 6 March 2017

JEMPUT JEMPUT @ CEKODOK PISANG GEBU


Jemput Jemput @ Cekodok Pisang


Semalam punya cerita...kami sekeluarga plan untuk membuat pencucui mulut bagi Majlis Tahlil malam ketiga keluarga besan. Menu pertama pencuci mulut kami buatkan Jemput-Jemput Pisang atau lebih dikenali dengan panggilan cekodok. Jom kita tengok resepi simple ni...

Bahan-bahan:

4 Biji pisang berangan
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Biasa guna jenama Blue Key) - ikut kelikatan adunan
secubit garam
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Cara-cara membuatnya:

Masukkan pisang, garam dan gula ke dalam mangkuk dan lenyek sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung dan kaup sehingga adunan tidak mudah jatuh dari senduk. Kemudian perap adunan lebih kurang dalam 15 minit. Panaskan minyak dan apabila adunan sudah kembang bolehlah goreng.








SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA...


No comments:

Post a Comment