DONUT GEBU

DONUT GEBU
 
Assalamualaikum semua....

Agak lama tidak memerap di dapur mengeluarkan skill-skill yang diadaptasi dari resepi terbaeekkk dari blogger. Terpesona dengan post rakan-rakan yang menunjukkan macam-macam hasil di dapur...akhirnya terjebak juga. Terima kasih la pada Nolie, Nur dan Iqa di atas dorongan kalian. Hehehehe....

So hasrat nak mendonut ni memang dah pendam lama. Dah berapa kali beli buang mauripan sebab dah expired. Hahaha... Masa berhujung minggu kali ni memang nekad...mesti mendonut. Bahan semua dah ada...sambil tengok-tengok resepi blogger yang lain. Cumanya ade tambah bahan sendiri ikut sukatan sendiri....

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar shortening
Sepeket mauripan 11g
1 cawan air sejuk (dari peti ais ye) ~ tengok pada adunan ya
secubit garam

Cara membuatnya:

Nota: Kalau ada Bread Maker (BM) masukkan jer semua bahan dan biar dia uli sendiri.

Ni cara handmaker hehehe....
 
Campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, mauripan dan garam. Gaulkan bersama mauripan dan buat lubang di tengah. Masukkan susu pekat dan shortening. Gaul kesemua bahan-bahan tersebut dengan diselangi air. Uli sehingga adunan tidak melekit dengan mangkuk. Terus uli hingga 15-20 minit. Kemudian canai adunan dan biar sehingga 1 - 1.30 jam gitu. Hasilnya jadilah cam kat bawah ni.

 Camtulah rupa bila naik mengebu

Tu gambar selepas digoreng. Boleh juga buat frozen dengan mengoreng sekejap agak-agak kekuningan dan simpan dalam peti ais beku. Nak masak semula kene defrost dulu atau letak je kat luar. Dah lembut bolehlah mengoreng.

Memang kecur air liur sambil gaulkan dengan gula aising. Dapat pulak minum dengan kopi 'o' panas rasa lengkaplah minum petang.

Harap resepi ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang mencuba. Selamat mencuba.

 

Comments

Popular posts from this blog

JEMPUT JEMPUT @ CEKODOK PISANG GEBU

Muka Baru & Lama Bergabung.... Meletop!!!!!