HARI...HARI...HARI RAYA 2015


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2015.....

Alhamdulillah.....
Tanggal 17 Julai 2015 merupakan tarikh bagi semua umat Islam di Malaysia menyambut kemenangan selepas menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan A-Mubarak. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana leeya dan seluruh ahli keluarga masih diberi kesempatan untuk melakukan ibadah puasa dalam yang penuh bulan barakah diperuntukkan kepada umat manusia sejagat. Semoga Allah menemukan lagi pada tahun-tahun yang mendatang. In Sha Allah.

Okey...
Berbalik kepada cerita hari raya pada tahun ini, leeya rasa sangat meriah. Dari 1st raya di kampung halaman sampailah di taman perumahan hampir setiap hari leeya dan keluarga dijemput ke  "open house". Tahun ni giliran leeya beraya di rumah mak abah di Kampung Sungai Jurong, Slim Village. Amacam... unik tak nama kampung tu. Ala-ala cam Jurong Street gituuu...So leeya dengan 2 orang adik iaitu andak dan acu berkampung tolong masak lemang, rendang dan lontong untuk menjamu tetamu yang bakal berkunjung.


Inilah mak abah kami yang tercinta. Semoga kalian berkekalan hingga ke Syurga Firdausi di alam akhirat dan menjadi teladan terbaik kepada seluruh ahli keluarga.


Jom layan gambar kami sekeluarga saat menyambut Aidilfitri walaupun ader yang berada di rumah mertua tetap berkiriman mesra.


Edisi tahun depan kita akan saksikan Angah dan Alang berperang memasak rendang & lemang pulok yer. Nasib la ye tahun ni kami geng lebih sikit.


 

Comments

Popular posts from this blog

JEMPUT JEMPUT @ CEKODOK PISANG GEBU

DONUT GEBU

Muka Baru & Lama Bergabung.... Meletop!!!!!