We're Come Back.... Cameron Highlands

Assalamualaikum....

Tempoh 7 tahun (2008-2015) agak lama bagi aku tidak menjejak kami ke Cameron Highlands. Kali terakhir aku dan keluarga bercuti ke sana masa umur anak bongsu berusia 9 bulan. Turun jer dari tanah tinggi, seminggu aku dan anak duduk di Hospital Slim River. Demam panas yang tak kebah-kebah. Berairmata aku sepanjang masa tu... yelah tengok tubuh anak yang lemah longlai sebab dah tak lalu makan dan minum. Alhamdulillah... lepas seminggu tu kami dibenarkan balik dan aku terus beri rawatan intensif sendiri di rumah. Itulah dia Nur Aisyah Aliya Azhar. Ragam anak-anak sehingga nak cecahkan umur 2 tahun memang ujian Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Rahmat. Yang sulung Nur Salsabila Azhar pun ader ragam yang tersendiri. Berpeluh dingin jugalah Leeya dan suami...tapi itulah kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. pada setiap hambanya.

Heheheh.... berbalik pada sesi riadah kami ke Cameron Highland pada tanggal 26 September 2015 memang sangat menyeronokkan. Perancangan last minute oleh Encik Suami sebelum cuti sekolah berakhir. Nak dijadikan cerita pada asalnya plan nyer nak balik kampung Encik Suami di Bota, Perak... tetapi dapat panggilan daripada abah memberitahu mak seharian menangis selepas kami balik ke rumah. Mahu taknyer... dah 4 hari kami sekeluarga berkampung ngan dia dengan segala ragam dan suasana riuh rendah... tetiba jadi sunyi. Meraung la dia. Jadi sebagai penawar hati dia... kami bawa dia sekali panjat tanah tinggi tu. Sekali tanye terus jawapan setuju....hahahah. Cuma abah jer tak dapat ikut walaupun tahu hati dia meronta-ronta disebabkan ada majlis perkahwinan anak sahabat baik di kampung sebelah.


Seawal jam 8.30 pagi kami bergerak menuju ke Cameron Highlands dengan sarapan di jalanan dan dibelanjer Aiskrim Magnum sebagai pencuci mulut oleh Encik Suami. Juara of course la Leeya.... mana baki-baki yang dah tak mampu dihabiskan aiskrim kesukaan tu semua Leeya sapu bersih. Batang aiskrim jer tak tertelan...kang tercekik lain plak ceritenyer. Jalan agak lancar apabila mula mendaki ikut Tapah. Cuma ader 2-3 kenderaan yang tak biasa dengan laluan bersimpang siur tu menyebabkan kenderaan lain pun turut sama perlahan. Ada kesempatan kami potong.... tapi make sure line clear ye di hadapan... kerana selekohnya amat berbahaya.


Tu diaaaaaa dah macam iklan Aiskrim Magnum pulokkkkk


Rupa-rupanyer Encik Suami telah berpakat dengan Kakteh sekeluarga untuk jumpa di Cameron Highlands. Lagi bertambah meriah laaaaa. Kakteh was the best sister in law.







Melayan keinginan si bongsu yang tak kesampaian nak petik strawberry di ladang... jadi kami belikan pokok yang dah siap berbuah dan tinggal tunggu buahnya masak ranum.


Leeya tinggalkan dulu kisah di Cameron Highlands dengan harapan akan jejak semula dalam masa terdekat bersama keluarga. Have a good day u olssssss.


Comments

Popular posts from this blog

JEMPUT JEMPUT @ CEKODOK PISANG GEBU

DONUT GEBU

Muka Baru & Lama Bergabung.... Meletop!!!!!