Muka Baru & Lama Bergabung.... Meletop!!!!!


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..... 

Begitu lama tidak bersiaran dalam blog ni. Tahun 2013 & 2014 merupakan tahun mencabar dan penanda aras KPI bagi aku sebab takde masa langsung untuk benda-benda santai. Rutin keje yang sangat ketat sampai bilik tido pun jadi opis. Aku suka cara tu cuma kadang-kadang kesian dekat family.... nak ke mana-mana terpaksa tengok jadual aku dulu...hehehehe. Ngalahkan pegawai besau plak kan..kan..kan.. 

Alhamdulillah dengan izin Allah dan RahmatNya kepada ku kenangan manis mula melakar untuk tahun 2015. Antara kenangan manis tu aku dapat penghargaan kali kedua bagi prestasi keje dan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, gabungan keje yang meletop kawan-kawan baharu dan lama di opis dan Majlis Perkahwinan adik bongsu. Moh layan gambar-gambar hari yang aku rasa istimewa bagi awal kehadiran 2015....


Tu la wajah-wajah peneraju Admin Fakulti Muzik dan Seni Persembahan yang tampak lebih bertenaga dan ceria.....

Penyeri tambahan bagi menghuru hara opis ni la mukanyer.... Kalau dapat gelak satu bangunan leh bergegar... Tak kira suasana tegang ke kendur ke... kami tetap gelak.... dalam sakit hati pun banyak senyuman yang terukir bagi memastikan rakan-rakan lain tak stress..... Stress ke????? Tak..tak.... kami di fakulti sentiasa positif biar apa pun task mencabar......

Wajah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC 2014....




Tahniah to Cik Nurulakmal, Pn. Faten and me....

Anyway thanks a lot to our Dean yang tak jemu mendorong semua staf-staf untuk lebih maju dalam setiap kepakaran yang dimiliki. Anugerah daripada Allah Subhanahu Wataala kepada setiap manusia. Tepuk Dada, Tanya Hati, Pimpin Akal, Bina Peribadi....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

JEMPUT JEMPUT @ CEKODOK PISANG GEBU

DONUT GEBU