School Holiday Roadtour....

Assalamualaikum......

Lama betul aku tak layan blog nie mengarang apa yang patut. Bukan tak nak atau tak reti nak kongsi citer...tapi... aku ni ....masa begitu mencemburui...Cewahhhhh. Camnielah kalo kojenyer menguruskan pelajar yang dah bijak pandai... terpaksa luang masa jadi cerdik gak macam diorang... Hehehe.

Ari nie dapatlah aku mencuri masa untuk mencoretkan apa yang aku pendam dari 3 Februari lepas. Nie bukan kes dendam terpendam tau...hehehehe. Banyak benda yang berlegar-legar dalam kepala aku nie sampailah dah terendam kat Tambun Lost World minggu lepas. Nie ha baru kembang sikit.

So aku nak share pasal aktiviti roadtour aku anak beranak masa cuti sekolah minggu lepas. Punyer le sonok bila Hubby tercinta kata nak bawa gi berendam kat Lost World Tambun, Ipoh. Start dari pukul 6 pagi, aku selaku ibu yang future ke arah mithali nie.. pun bangun ler. Lepas solat terus ke dapur sebab dah promise nak buat buat breakfast hehehe. Pastu kejar plak menyediakan baju-baju 3 beranak tu. Hubby kata mesti gerak kul 8.30 pagi. Turun naik tangga dah macam marathon...tengok-tengok... diorang dah bersiap, maknyer tak siap-siap lagi... Terpaksalah depa dok melangut tunggu aku bersiap plak. Pukul 9 baru start gerak.

Bermulalah perjalanan kami ke Lost World Tambun tu. Makan masa 2 jam jer dari Tanjong Malim. Driver (Hubby aku ler tu) tanyer kalau ada sape-sape yang nak berenti jap kat R&R... semua ngeleng kepala (tanda tak payah la tu) sebab dalam ati masing-masing dah tak sabar nak berkubang.

Tu pose pertama 2 beradik bila dah sampai kat situ. Dulu mula-mula pi kucing ni jadi pujaan. Kali ni pi pun kucing tu tetap menjadi pilihan untuk bergambar hehehehe.

Sikecik ni Ecah nama glamournya dalam family. Dia ni kalau posing memang aksinyer pelik-pelik dan tak penah terlepas dari trademark 'peace' 2 jari kecik dia tu. Layanzzzzz.

So siap hubby beli tiket sume.. kami pun masuk dalam. Memandangkan hari kami pergi tu hari Jumaat so.. takderlah crowded sangat pengunjung. Takderla... mandi langar-langgar punggung orang hahaha. Meh kita layan lagi gambor-gambor lain.



Hehehe... kan aku dah cakap si kecik tu takkan lari dari trademark dia bila suh pose. Sampai mak, ayah ngan kakak dia pun dah kene same.

Nilah dia MY HUBBYYYYY yang tercinta. Hmmm bila tengok balik rasanyer si Ecah ni mesti ikut kenan ayah dia kot. PEACEEEEE yo!





Penat mandi.. kami menjelajah pulak ke mini zoo. Best betul bila 1st time burung-burung jinak makan kat tangan and 1st time gak tak takut ngan angsa-angsa yang mengejar sebab laporrr. Seronok ngan gelagat binatang-binatang tu. Pantang hulur tangan yang berisi makanan.. sure la licin balik tapak tangan tue.Sampai menangis la si Ecah bila burung-burung merak tu keliling dia. Lepas penat main ngan binatang-binatang tue.. kami pun sambung balik berkubang.

Pukul 5 petang tamatlah penjelajahan kami anak beradik. Tengok la tu 2 beradik tue dah tersadai kat belakang keta kepenatan. Balik tu terus rehatkan badan untuk meneruskan roadtour ke Klang plak pada esoknyer. Selamat beristirehat anak-anak ibu.......

Comments

  1. Casino of Atlanta - MapyRO
    Atlanta, 용인 출장샵 GA (MapyRO). 15406 S Riverboat Dr, 세종특별자치 출장안마 Gila Riverboat, GA 30564. Directions 아산 출장마사지 · (800) 931-7133. Call 영천 출장안마 Now · More Info. Hours, Accepts Credit Cards, Attire, Wi-Fi,  Rating: 의왕 출장샵 3.7 · ‎941 votes · ‎Price range: $$

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JEMPUT JEMPUT @ CEKODOK PISANG GEBU

DONUT GEBU

Muka Baru & Lama Bergabung.... Meletop!!!!!