Thursday, 20 December 2012

Mesyuarat dan Bengkel FMSP akhir 2012

Mesyuarat dan Bengkel Pembinaan Program Baru & Pembinaan Semula Struktur Program Sarjana Muzik ~ Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (13 - 16 Disember 2012 at Tower Regency Hotel, Ipoh)


IPOH MALI TARAK SOMBONG MAAA......


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....
Mesti semua dah familiar sangat dengan trademark yang dibagi pada amoi yang datang dari Ipoh. Ipoh merupakan pusat bandar utama dan tertua dalam negeri Perak. Pembangunannya cukup padat dan kalau tak biasa jalan-jalan kat area sini for sure korang berpusing-pusing tempat yang samalah jugak (dah macam kene black magic ek....heheheh). Kebanyakan lokasi sesuatu tempat yang kita nak pegi berpandukan nama jalan. Kadang-kadang jalan antara satu sama lain sebelah-sebelah jer tapi bila jalan dah jadi sehala maka tawaf la yer....heheheheh. Tapi okay pe....jauh berjalan, luas pemandangan, tinggi pengetahuan..... Tak rugi maaaaa.... Sape untung lain kali..... Kita olang juga maa......
Bersiaran semula kita lagi yer selepas story pasal majlis pertunangan adik sepupu minggu lepas 9.12.2012. Hujung-hujung tahun ni banyak plak masa nak bersiaran. Al-maklum la semua keje hakiki sudah berjaya disetelkan. Dah takder makna kelam kelibut dalam ini hidup.....huhuhuhu (Tunggulah ko 2013 nanti). Biasa yang sibuk ujung-ujung tahun ni tentulah orang kewangan. Ye tak? Ye la tu...ngaku je la kan... Tapi meme salute la same orang-orang akaun ni...cabaran berhadapan dengan kira-kira dan nombor ni for sure aku surrender.
Okayla.....sekarang kita berbalik pada citer yang aku nak kongsi kali ni. Minggu ni adalah outstation untuk staf-staf fakulti hehehehe......Orang ujung tahun, cuti sekolah plan holiday ngan family tapi kami plan wat koje. Kira holiday la gak kan tapi ngan ahli kuarga fakulti...kat hotel lagiiiii tu...makan tanggung....tido free.... just kene korbankan kepala otak je la memikirkan content untuk bengkel tu. Hehehe...tu kami bagi semua atas batu jemala pensyarah-pensyarah kami yang penuh dengan kebijaksanaan.
Tugas kami mudah jer...cam mandur (urus setia la bahasa lembut) pun ader...kene pastikan diorang sume attends all session and helping them dari prospek kebajikan. Rasa kesian gak bila tengok ada staf yang sampai terlupa pakai suar untuk attend bengkel...eceh..eceh... lakonan semata-mata tu. Sebenarnya dia obses ngan kain pelekat yang nyaman dan sejukkkkk tu.....heheheh
                  So... sweet kan cara dia melutut.. terserlah ayunyer
Ni lah antara-antara aktiviti kami dari 13.12.2012 sampai la ke hari terakhir kami di Tower Regency Hotel pada 16.12.2012
                                      First day mood!!!!
  
                   Ni la urus setia yang meme setia giler ler!!!!

Kira okay la. Macam-macam gelagat bila otak dah stuck. Ada yang pakai kain pelekat...ada yang bergambar ngan aksi pelik-pelik dan yang mensumbangkan suara pun ada. Terpancar la sifat sebenar diorang bila diserang stress....hahahahaha.....Anyway bengkel ni suasana suam-suam kuku la sebab masing-masing kene fokus untuk dapatkan input yang diperlukan untuk tambah baik program Sarjana Muzik fakulti.


Thanks a lot to Ms. Rostina, Sales Marketing Officer of Tower Regency Hotel yang menguruskan semua keperluan kami sepanjang berbengkel kat sini. Everything was perfect at here. Ader rezeki bagilah pakej promosi yang best-best lagi kat kami. Leh la jalan-jalan kat IPOH MALI TARAK SOMBONG...heheheh 

Tuesday, 11 December 2012

Majlis Pertunangan Sepupu

Seni Hantaran Untuk Majlis Pertunangan Sepupu
~ Puspanita (9 Disember 2012 - Ahad)

Assalamualaikum warahmatullah...

Musim tengah free-free nie kan asik rasa nak update blog jer... Dok plak kat bilik secretary pe lagi....privacy sangat-sangat ler nak merapu. Biasa la aku ni meme dah di kira patut jadi tugas hakiki nie... ambik alih tugas secretary bila dia outstation. Leh mati bosan kalau tak bijak manfaatkan masa dalam bilik nieh..heheheh

So..kali ni aku nak story pesal majlis pertunangan sepupu aku yang baru jer lepas. Tahniah yer PUPA (tu nama glamer dia dalam kuarga). Ader rezeki ke Felda Semancu, Johor ler kite yer. Kene kumpul duit ni dari sekarang. Blanjer ke johor bukan ckit-ckit anak. Mau kurus poket tapi punggung yang kembang kematu dok lama dalam keta. Kesempatan tu aku pun requestlah kat dia nak buatkan 2 hantaran makanan untuk dia. 

Dalam kepala ni....macam-macam design dah berangan. Macam orang pening... kepala atas burung-burung terbang... Pening ooooo nak pikir pe nak buat. Masa terhad tapi cita-cita melangit cam pilot... hahahaha. At last ngan masa betul-betul suntuk aku plan bagi cup cake ngan biskut coklat (homemade tau...bukan tunjuk-tunjuk punyer maaaa). Moh layan hasil tangan keras yang aku kira seni la gak nieh....


Tu hantaran cupcake...deco rama-rama tu aku dapat inspirasi dari kak Azlita empunyer blog yang famos tu http://fromintankitchen.blogspot.com. Jenuh gak nak melembutkan tangan ni..heheheh.


Lagi satu aku bagi Biskut Coklat Fererro. Sumber resepi dari Majalah Saji Aidilfitri 2012. Rasa dia pun yum..yum... Puas ati la sebab buat sendiri. Penuh dengan rasa coklat...badam ngan bread cremp. Ranggup tul....



Then layan la ckit yer picture kami yang meme pantang nampak pelamin. Nak conquer jer. Tuan punyer badan pun tak rasmi lagi...heheheh. Tak sempat ambik picture ngan Pupa sebab dia masih di make over oleh mak andam lagi. 

Alhamdulillah majlis berakhir pada jam 3.30 petang dengan termeterailah janji pertunangan antara sepupu aku ngan buah ati dia dalam tempoh masa setahun hidup (paham tak setahun hidup tu? heheheh Kata abah maksud dia dalam tempoh setahun bila-bila masa jer kenduri leh on. Tak payah tunggu sampai setahun. Cukup duit jer jalannnnnnnnnn...hahahaha). Untuk Pupa semoga berbahagia selalu sehingga terpateri ikatan janji hidup bersama dengan yang tersayang....Amin.....    

Tuesday, 4 December 2012

Kenangan 2012

Raya Time!!!!!!!


"Berlalulah sudah Ramadhan
 Sebulan berpuasa...."

Ihik..ihik.. nak nyanyi tak pandai..lirik pun tak bape nak hinggat...Mahapkan je la yer. Dah lama tak share pa pe kat blog ni. Bukan tak aktif....tapi biasa la masa kan...Tak terkejar tangan mak nie....siang kat opis...balik kat umah plak...Bila setel semua koje mata ngan badan pun sama berat. Letak kat bantal jer rasa ringan...hehehe.....

Okaylah cukup-cukup menceceh kan...karang tak kesampaian plak hajat nak share aktiviti-aktiviti yang dah lama terperam dalam tempurung kepala nie.

Mula-mula nak share pasal Raya Time......
Masa bulan posa ari tu...Unit Fotografi, Bahagian Perhubungan Awam UPSI wat Pertandingan Fotografi Merdeka Raya yang paling happening untuk 2012. Pe lagi semua jabatan berpusu-pusu menunjukkan kreativiti nak jadi johan posing...hehehe...

Fakulti aku pun pe lagi. Kepakaran dah ader orang-orang kuat Seni Persembahan yang terrer-terrer berlakon ngan menari tu dikerah oleh Dekan untuk memastikan kami berada sebaris gambar yang eksklusif...cewah!!!!! dan hasilnyer....tuuuuuuuu haaaaa.....




Akhirnyerrrrr anugerah Naib Johan menjadi hak mutlak kami tanpa sebarang bantahan dilayan. Tak kira la berapa banyak kritikan yang pastinyer...juri yang lebih adil. So kita layan lagi gambar-gambar yang ader memuatkan aku sekali...yang dapat hadiah tu aku terlindung....tapi aura ader heheheheh.


Hari Patriotik UPSI 2012

Lepas sonok-sonok berposing dan menang....sekali lagi kami melangkah ngan penuh bergayer memasuki padang UPSI untuk Pertandingan Perbarisan Hari Patriotik UPSI 2012. Dengan harapan nak menang gak lerrrrrr tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Tapiiiiiiii kami tetap menang....menang sorak dan pujian dari VC (Vice Canselor). Sebab banyak-banyak kontinjen kami yang paling happening. Tak cayer???? Ce tengok...ce tengok


Kan..kan.. gabungan pelbagai kaum 1 Malaysia la katakan. takpe menang bergaya pun jadi ler bukan senang nak jalan ngan baju camtu....layanzzzzzz


Acara wajib selain bergambar beramai-ramai dah tentulah sesi untuk staf pentadbiran jer. Inilah dia staf-staf admin FMSP yang begitu ceria dan mesraaaaaa....hehehehe.Tengok la macam-macam aksi yang telah ditapis bagi kesesuaian santapan mata umum.... hehehe